
K SINAR 2.0 webinar
BIJAK WANG, HIDUP TENANG
SEMAKIN DEKAT
28 OGOS 2021 (SABTU) 9:00 PAGI – 6:00 PETANG
Perkongsian 6 jam bersama 4 pakar kewangan
SPEAKER ANDA
HAJAH ROHANI DATUK MOHD SHAHIR
TUAN ZAIDI ISMAIL
TUAN ZULKIFLI SHAFIE
TUAN FARID SULAIMAN
6 JAM PERKONGSIAN
SECARA ONLINE
Q&A BERSAMA SPEAKER
4 PAKAR KEWANGAN BERPENGALAMAN
Keempat-empat panelis punyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dalam membantu ramai orang untuk bijak kewangan dan mengurusnya dengan baik
Pengasas dan Rakan Kongsi Utama, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, syarikat konsultan dalam bidang perancangan kewangan Islam.
Akauntan bertauliah kelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University Australia.
Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan.
Sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani dan beberapa program di RTM, TV3 dan TV AlHijrah.
9:00 pagi – 10:30 pagi
Pembimbing: Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir
Topik: Pelaburan Ukhrawi
Tatkala seluruh dunia dilanda krisis pandemik Covid-19, memberi kesan yang sangat mendalam dalam ekonomi negara. Seramai 2.4 juta yang diberhentikan kerja, lebih 260,000 yang diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan. Graduan pula buntu mencari hala tuju selepas tamat belajar.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” Surah al-Baqarah (ayat 214)
Setiap apa jua yang kita hadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW, apabila anak Adam itu meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu Doa, Amal dan Ilmu.
Dalam menghadapi situasi sekarang ini dengan krisis pandemik Covid-19, sebagai seorang umat Islam kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap ujian yang diberi. Kemudian, yakin dengan janji Allah dan sentiasa bersedekah kepada golongan yang memerlukan insya-Allah dimurahkan rezeki.
Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan bersama oleh Puan Hajah Rohani yang telah berada dalam industri kewangan islam selama 40 tahun. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam menempuh pelbagai krisis kewangan.Dengan cara kupasan beliau yang berpandukan Kubah Kehidupan amat holistik insya-Allah untuk memberi panduan buat semua.
Bersara daripada pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun.
Usahawan, jurutera forensik kewangan dan juga pengasas Urus Insan, sebuah komuniti celik kewangan.
Berpengalaman luas dalam mencungkil kapasiti dan mengoptimumkan potensi kewangan peribadi ahli Urus Insan supaya lebih efisien, memaksimakan simpanan bulanan, melupuskan hutang dan menambah harta.
11:00 pagi – 12:30 tengah hari
Pembimbing: Tuan Zaidi Ismail
Topik: Bagaimana Hasilkan Pendapatan Residual
Apa itu pendapatan residual? Bagaimana untuk dapatkannya? Itulah yang akan dikongsikan Tuan Zaidi. Kenal pasti pendapatan ini, insya-Allah akan bantu kita bijak urus wang ke arah hidup yang tenang.
Kata Tuan Zaidi, beliau lahir dalam keluarga miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan tapi alhamdulillah kini dah merantau ke lebih 16 buah negara. Beliau menganggap semua orang akan mampu buat jauh lebih baik berbanding dirinya dan beliau harap semua orang mampu urus lima modal yang sama; masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang.
Sekarang ini Tuan Zaidi seorang usahawan, jurutera forensik kewangan dan juga pengasas Urus Insan sebuah komuniti celik kewangan. Urus Insan telah diwujudkan lebih daripada 12 tahun yang lalu, kini mempunyai lebih daripada 5,000 orang ahli seluruh dunia. Aktiviti utama adalah pendidikan perancangan dan pengurusan kewangan seperti kelas, bengkel, sesi bimbingan dan menerokasi kapasiti serta potensi ahli dalam bidang keusahawanan dan pelaburan.
Tuan Zaidi membantu ahli Urus Insan mencungkil kapasiti dan mengoptimumkan potensi kewangan peribadi mereka supaya lebih efisien, memaksimakan simpanan bulanan, melupuskan hutang dan menambah harta bagi membolehkan mencapai matlamat dan impian kewangan mereka dengan menggunakan kaedah, teknik dan alat kewangan terkini.
Buku Forensik Kewangan hasil tangan beliau telah membantu hampir 50,000 pembaca setakat ini. Dalam K SINAR 2.0 kali ini, beliau akan beri bonus Istimewa Percuma semasa slot beliau nanti insya-Allah!
Seorang Chartered Accountant yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA).
Berpengalaman sebagai Internal Auditor dalam industri insurans dan takaful di Kuala Lumpur hampir 11 tahun.
Official Speaker Public Gold sejak 2016, aktif di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Artikel kewangan dan pelaburan tulisannya tersiar dalam akhbar Sinar Harian dan Harian Metro.
2:00 petang – 3:30 petang
Pembimbing: Tuan Zulkifli Shafie
Topik: Kukuhkan Kewangan Dengan Emas
Siapa orang kaya? Orang gaji besar tapi simpanan hampir tak ada? Orang gaji kecil boleh ke istiqamah menyimpan? Tuan Zulkifli bermula dari gaji kecil RM1600 sebulan, duduk di kota dan perlu sara keluarga. Isteri tidak berkerja.
Pernah bawa isteri yang mengandung naik motor saja sebab itu saja kenderaan yang ada masa tu. Malang tidak berbau, pernah ditimpa kemalangan ketika naik motor bersama isteri. Serik betul lepas tu, terpaksalah beli kereta terpakai. Demi keluarga. Demi kesejahteraan anak dalam kandungan. Biarpun tambah komitmen.
Masa tu nak simpan RM20 sebulan pun susah. Kalau berniaga untung RM10 pun dah gembira sangat. Adat berniaga, bukan hari-hari pun merasa untung tu. Ada hari, rugi juga.
Macam-macam keperitan dah dilalui. Pernah kena tipu, duit hangus macam tu saja. Semuanya sebab tak cukup tahu, tak cukup ilmu; senang-senang orang ambil kesempatan.
Habis simpanan dalam tangan. Tu belum cerita tabung asyik kosong sebab selalu korek tabung. Tapi pelan-pelan belajar sesuaikan diri dengan gaya hidup, belajar asingkan tabungan ke dalam pelbagai saluran; alhamdulillah status zero hutang dapat dicapai.
Sebab simpanan ni bukan tertakluk kepada wang tunai sahaja, pendapatan bukan sekadar gaji bulanan semata-mata. Ada pelbagai cara. Emas salah satunya.
Berkelulusan BBA (Hons) majoring in Human Resources Management dari UiTM.
Pernah bertugas beberapa syarikat multinasional dalam bidang perindustrian seperti JVC Electronic Malaysia, Sam Chang Precision Malaysia dan syarikat perindustrian kenderaan Industrial Quality Management. Kerjaya paling lama di GLC, Felda Transport Services Sdn Bhd selama 14 tahun.
Bagi memenuhi cita-cita beliau untuk menjadi seorang Perunding Kewangan, beliau mengambil keputusan untuk fokus bidang Perunding Unit Amanah bersama syarikat Public Mutual Berhad sehingga kini.
Sepanjang tempoh itu, beliau telah mendapat "Million Ringgit Producer" selama 6 tahun berturut-turut sehingga memberi beliau peluang mengembara ke luar negara seperti Jepun, Australia, Korea, Afrika dan India.
Antara tajuk-tajuk yang beliau pernah disampaikan:
1. Pengurusan Kewangan Persaraan
2. Harta Generasi
3. Urus Tadbir Kewangan Cara Mudah
3. Perlindungan pada Usia Emas
4. Plan Kewangan Lepasan Universiti
5. Bedah buku Generasi Jutawan
6. Pandemik & Kewangan
4:00 petang – 5:30 petang
Pembimbing: Tuan FARID SULAIMAN
Topik: Generasi Jutawan: Bermula sedikit Impaknya Ratus Ribu
Slot ini bakal membuka minda para peserta seluasnya untuk berkongsi bahawa semua orang layak menjadi kaya dan layak untuk membina generasi yang lebih baik dengan pendidikan yang baik dan sempurna dengan adanya WANG.
Panelis ingin berkongsi pengalaman beliau hampir 18 tahun yang lalu untuk mempelajari dan melakukan sendiri apa yang beliau yakin bakal memberi impak yang tinggi kepada semua. Hasilnya sehingga beliau berjaya mengumpul simpanan anak-anak mengikut usia mereka yang berjumlah mencecah RM130,000 dalam tempoh tersebut dengan pelbagai portfolio.
Justeru, perancangan kewangan bukanlah satu perkara yang agak objektif pada setiap orang atau keluarga. Ia merupakan perkara subjektif dan boleh dilakukan oleh semua orang.
Kegagalan untuk merancang dengan sempurna adalah kerana menganggap kewangan ini merupakan satu perkara yang peribadi untuk dibincang atau dibahaskan.
Ingatlah! Simpanan bukan untuk si kaya sahaja. Namun ia menjadi tanggungjawab untuk kita semua mendidik anak-anak dan generasi akan datang, betapa pentingnya kita merancang kewangan untuk masa depan.
SOALAN LAZIM
Bilakah saya akan dapat masuk dalam group FB?
Sebaik sahaja anda mendaftar dan membuat pembayaran anda akan terima satu notifikasi emel/WhatsApp untuk tindakan seterusnya masuk ke dalam group FB webinar Dan Zoom. Semak emel dari semasa ke semasa.
Apa platform webinar yang akan digunakan nanti?
Live FB di Facebook Group khas Dan Zoom.
Adakah diberikan bahan rujukan sebelum webinar?
Slide pembentangan akan diberikan apabila hampir dengan tarikh webinar nanti dalam group FB. Kalian juga boleh dapatkan buku setiap panelis ini dengan harga promosi 15%. KOD Diskaun akan diberikan dalam group FB.
DAFTAR SEGERA
HARGA NORMAL RM39
Tapi Hanya bayar RM19 shj hari ini.