WEBINAR K-SINAR

BAKAL BERLANGSUNG
Webinar K-Sinar: Urus Wang Hati Tenang
memfokuskan asas pengurusan wang secara sistematik dan relavan selama 6 jam
LOKASI PROGRAM
FB group tertutup, hanya para peserta berdaftar sahaja akan diberi akses.
Program ini akan berlangsung selama 6 jam dalam 4 slot mengikut topik.
SOALAN:
JIKA SAYA TIDAK DAPAT SERTAI SEMASA SESI LIVE, ADAKAH SAYA BOLEH TONTON SECARA ULANGAN?
JAWAPAN:
VIDEO AKAN KEKAL SELAMA 1 HARI SAHAJA UNTUK ULANGKAJI DALAM FB GROUP.
.
.
Sepanjang 6 jam ini, kita akan bersama 4 pakar kewangan berikut!
9.00 pagi - 10.30 pagi
Pembimbing: Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir
Topik: Grab-duit
Baru mula memasuki fasa kerja? Fasa berumah tangga? Perubahan fasa bermaksud perubahan komitmen. Buntu nak utamakan yang mana satu?
Jangan risau, kalian tak bersendirian. Semua orang menghadapi masalah-masalah lazim ni, situasi saja yang berbeza. Duit gaji cukup-cukup nak bayar sewa, bil dan hutang. Tengah bulan, duit dah paras hidung. Sampai bila nak jadi macam ni?
Lebih-lebih lagi kita hidup dalam keadaan krisis pandemik Covid-19. Ada yang kehilangan kerja. Ada yang dipotong gaji. Ada yang cuti tanpa gaji. Ada graduan yang buntu tercari-cari arah lepas habis belajar.
Yang layak dapat i-Sinar pun tak boleh suka-suka sangat. Kena hati-hati berbelanja. Nak laburkan pun, kena ada pelan jangka panjang. Masa ni ramai pihak yang mengintai-intai. Pujuk beli itu, hasut beli ini. Belum campur scammer yang kerjanya nak menipu.
Ada duit susah, tak ada duit lagi susah. Sementara usia muda inilah kita perlu tambah ilmu secukupnya. Dari ilmu, kita boleh atasi masalah. Hajah Rohani dah 40 tahun dalam industri kewangan, menempuh 4 dekad. Macam-macam krisis dah dilalui, moga-moga krisis pademik ini juga ada jalan keluarnya.
11.00 pagi - 12.30 tengah hari
Pembimbing: Zaidi Ismail
Topik: 2 Punca Utama Gagal Kewangan & Cara Mengatasinya
Dalam topik ini Tuan Zaidi kata, dua punca berkenaan langsung tiada mengena dengan wang. Macam pelik, kan? Tapi itulah istimewanya tip yang Tuan Zaidi nak kongsi. Kenal pasti dua punca ini, insya-Allah masalah-masalah lain kita boleh bendung dan atasi.
Kata Tuan Zaidi, dia lahir dalam keluarga miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan tapi alhamdulillah kini dah merantau ke lebih 16 buah negara. Dia anggap semua orang akan mampu buat jauh lebih baik berbanding dia dan dia harap semua orang mampu urus lima modal yang sama; masa, tenaga, pengetahuan emosi dan wang.
Sekarang ini Tuan Zaidi seorang usahawan, jurutera forensik kewangan dan juga pengasas urusinsan sebuah komuniti celik kewangan. Urusinsan telah diwujudkan lebih 12 tahun yang lalu, kini mempunyai lebih dari 2000 ahli seluruh dunia. Aktiviti utama adalah pendidikan perancangan dan pengurusan kewangan seperti kelas, bengkel, sesi bimbingan dan menerokasi kapasiti serta potensi ahli dalam bidang keusahawanan dan pelaburan.
Tuan Zaidi membantu ahli urusinsan mencungkil kapasiti dan mengoptimumkan potensi kewangan peribadi mereka supaya lebih efisien, memaksimakan simpanan bulanan, melupuskan hutang dan menambah harta bagi membolehkan mencapai matlamat dan impian kewangan mereka dengan menggunakan kaedah, teknik dan alat kewangan terkini.
2.00 petang - 3.30 petang
Pembimbing: Zulkifli Shafie
Topik: B40 Masih Boleh Menyimpan
Siapa orang kaya? Orang gaji besar tapi simpanan hampir tak ada? Orang gaji kecil boleh ke istiqamah menyimpan? Tuan Zulkifli bermula dari gaji kecil RM1600 sebulan, duduk di kota dan perlu sara keluarga. Isteri tak berkerja.
Pernah bawa isteri yang mengandung naik motor saja sebab itu saja kenderaan yang ada masa tu. Malang tak berbau, pernah ditimpa kemalangan ketika naik motor bersama isteri. Serik betul lepas tu, terpaksa la beli kereta terpakai. Demi keluarga. Demi kesejahteraan anak dalam kandungan. Biarpun tambah komitmen.
Masa tu nak simpan RM20 sebulan pun susah. Kalau berniaga untung RM10 pun dah gembira sangat. Adat berniaga, bukan hari-hari pun merasa untung tu. Ada hari, rugi juga.
Macam-macam keperitan dah dilalui. Pernah kena tipu, duit hangus macam tu je. Semuanya sebab tak cukup tahu, tak cukup ilmu; senang-senang orang ambil kesempatan.
Habis simpanan dalam tangan. Tu belum cerita tabung asyik kosong sebab selalu korek tabung. Tapi pelan-pelan belajar sesuaikan diri dengan gaya hidup, belajar asingkan tabungan ke dalam pelbagai saluran; alhamdulillah status zero hutang dapat dicapai.
Sebab simpanan ni bukan tertakluk kepada wang tunai sahaja, pendapatan bukan sekadar gaji bulanan semata-mata. Ada pelbagai cara.
4.00 petang - 5.30 petang
Pembimbing: Shamsuddin Kadir
Topik: Duit Mengalir Macam Air
Kalau duit tu air, kenalah tahu macam mana nak buat empangan supaya air tak mengalir.
Lelaki sebagai ketua keluarga. Kena pastikan nafkah anak dan isteri terjaga. Itu tuntutan agama. Dah tertakluk dalam hukum. Sedaya-upaya kena sediakan juga nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada keluarganya.
Meski bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah ke atas anak-anaknya.
Wanita sebagai pengurus rumah tangga. Tak dapat dinafikan kebanyakan wanita cenderung mengikut emosi, termasuk ketika berbelanja. Bukan nak kata lelaki tak beremosi langsung, cuma wanita lebih cenderung beremosi.
Anak-anak merayu sikit nak mainan nak jajan, dah lembut hati keluar duit. Beli saja asalkan anak-anak senyum.
Jiran tegur sikit pasal sofa kena tukar, terasa hati. Nak sedapkan hati demi puji-pujian dari tetamu, sanggup tukar sofa baru.
Kalau single pun dari sekarang la kita kena mula hati-hati jangan sampai duit kita bocor.
YURAN PENDAFTARAN
RM20.00 SAHAJA!
Peserta akan dapat:
1. Slide (PDF) sepanjang 4 sesi oleh pembentang jika ada.
2. Group Khas Kewangan (Telegram)
3. E-Sijil Penyertaan
PERCUMA
Akses video 52 CARA TAMBAH PENDAPATAN daripada Tuan Zaidi Ismail.
Pastikan isi alamat yang lengkap dan emel yang betul untuk terima sebarang maklum balas seterusnya.
Anda akan menerima emel notifikasi untuk langkah seterusnya masuk ke FB GROUP WEBINAR K-SINAR.
Terima kasih.
Sebarang pertanyaan, whatsApp ke https://wa.me/601110322406